Pada setengah tahun pertama (H1) 2024, Cupra mencatatkan rekod penyerahan sebanyak 125,700 buah kenderaan iaitu peningkatan 17.2 peratus berbanding H1 2023.
Seperkara menarik, Volkswagen ID. UNYX yang dilancarkan di China sebelum ini dijenamakan dari EV Cupra Tavascan.
Terramar tampil garang dan meneruskan gaya menonjol melalui bahasa reka bentuk baharu.
Lampu depan menyerlah dengan nyalaan tiga segitiga dan pilihan teknologi Matrix LED Ultra Definisi Tinggi.
Dari sisi, bahagian bawah tampil dramatik dengan garis badan dan bahu belakang mengembang selain olahan tiang C dan sirip tepi yang menarik.
Bahagian belakang pula diserlahkan dengan nyalaan dan lampu yang bersambung serta peresap besar.
Entah mengapa Terramar dirasakan begitu sesuai dipasarkan di China dan mungkin juga kerana reka bentuknya yang garang dan ternganga pada bahagian depan.
Volkswagen ID. UNYX juga mempunyai aura yang sama.
Cupra menawarkan sembilan warna termasuk dua pilihan kusam iaitu Century Bronze Matt dan Enceladus Grey Matt.
Bahagian dalam juga menyerlah melalui rekaan papan pemuka yang menumpukan pada pemandu, konsol tengah dan kerusi bucket.
Ciri lestari tidak dilupakan, kerusi dibalut tekstil dari SEAQUAL® YARN guna semula dan Dinamica dengan sekurang-kurangnya 73 peratus tekstil kitar semula.
Balutan kulit pula menggunakan proses penyamakan (tanning) berasaskan tumbuhan.
Skrin maklumat hibur berukuran 12.9 inci dan penumpang dapat menikmati sistem audio yang dibangunkan dengan kerjasama Sennheiser dan dilengkapi 12 pembesar suara.
Terramar dibangunkan dari pelantar MQB EVO dan berada dalam segmen sama seperti Volkswagen Tiguan, Nissan Qashqai, Kia Sportage dan Hyundai Tucson.
Dinamika pemanduan dibantu oleh ampaian sport, stereng progresif, kawalan casis ampaian (DCC) baharu dan brek Akebono.
Direka dan dibangunkan di Barcelona, Sepanyol, Terramar dikeluarkan di kilang Audi Györ di Hungary. Penghantaran bermula pada suku akhir 2024.
Ciri-ciri Cupra Terramar 2025:
Ukuran
- 4,519 (p) x 1,863 (l) x 1,584 (t) mm
- Jarak roda 2,681 mm
- Ruang bagasi sehingga 602 liter (kerusi belakang boleh gelangsar ditolak ke depan)
Rangkaian kuasa:
1.5 liter eTSi hibrid ringan
- Kuasa 150 ps
- Sistem starter-generator 48V, bateri litium-ion 48V
- Kotak gear DSG 7 kelajuan
2.0 liter TSi
- Kuasa 204 ps
- Kuasa 265 ps - Cupra Terramar VZ
- DSG 7 kelajuan, pacuan semua roda 4Drive
1.5 liter eHybrid (PHEV)
- Kuasa 204 ps
- Kuasa 272 ps - Terramar VZ
- Pek bateri 19.7 kWj (bersih)
- Jarak pemanduan elektrik lebih 112 km
- Pengecasan kediaman 11kW
- Pengecasan pantas sehingga 50kW
Penulis: Muhammad Md Tajudin