Curi kad TnG mangsa tragedi Batang Kali, penjawat awam ditahan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis telah menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan kes kecurian barang milik mangsa tragedi tanah runtuh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan, lelaki berusia 27 tahun itu telah ditahan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Pemangku  Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, "Dalam tangkapan itu, kami juga merampas barang dipercayai milik mangsa (kes tanah runtuh).

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima dua laporan mengenai kehilangan barang milik mangsa dalam Tragedi Batang Kali.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, dilaporkan berkata, pihaknya mengesan satu perkongsian di Facebook, dipercayai dikeluarkan seorang ahli keluarga mangsa yang mendakwa ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan kad Touch N Go milik mangsa tragedi itu.

Katanya, dua laporan berhubung isu itu diterima polis pada jam 2.47 petang pada 1 Januari lalu.

Sumber: Buletin TV3