Curi Nissan Navara di 'showroom', jual RM10,000!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara bernilai RM180,000 dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu RM10,000 rupanya kenderaan yang dicuri di premis pameran kenderaan dalam kejadian di Jalan Lintas Kapayan baru-baru ini.


Bagaimanapun, kenderaan itu berjaya ditemui semula selepas dua suspek kes pecah premis itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Rabu lalu.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah pecah premis pameran kenderaan itu berlaku kira-kira jam 4.20 pagi 8 Mac lalu di Jalan Lintas, Kapayan.

 

Katanya, hasil risikan serta maklumat awam berjaya mengesan suspek lelaki berusia 39 dan 36 tahun yang bersembunyi di Semenanjung selepas melarikan dua Nissan Navara di premis berkenaan.

"Kedua-dua suspek kemudian ditahan sebaik mereka tiba dari Semenanjung dan hasil siasatan mereka mengaku terlibat dalam kes ini serta menjual salah sebuah pacuan empat roda kepada seorang pembeli lelaki berusia 28 tahun di Kolombong dengan harga RM10,000.

 

"Suspek kemudian menunjukkan dua kenderaan yang disembunyikan iaitu yang dijual kepada pembeli ditemui di sebuah kediaman di Kolombong dan sebuah lagi ditinggalkan di belakang pasar raya di Manggatal.

 

"Hasil pemeriksaan juga mendapati, pembeli telah menukar rim kenderaan yang dicuri ke sebuah lagi kenderaan milik keluarganya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Sabtu.

 

Katanya lagi, dengan penahanan suspek utama kes itu, polis berjaya menyelesaikan pelbagai kes pecah rumah dan curi yang dilakukan suspek bukan saja di negeri ini tetapi juga di Selangor dan Perak.

 

 

"Suspek mempunyai rekod kes jenayah lampau termasuk pernah dikenakan pengawasan polis di Perak dan Pulau Pinang.

 

"Namun selepas dibebaskan pada 2022, mereka kembali ke Sabah dan melakukan jenayah," katanya.

 

Mohd Zaidi dalam pada itu turut memaklumkan, pihaknya sedang mengesan seorang lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

 

"Suspek lelaki berusia 37 tahun adalah rakan sejenayah dua suspek yang telah ditahan dan suspek ini merupakan pemandu ketika kes pecah premis pameran itu dilakukan.

 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan," katanya.

 

 

Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds. "Insiden ini…
Berita Domestik
Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggota Unit Peronda Polis terserempak sebuah lori…
Berita Domestik
Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata penemuan itu adalah…