Cuti Raya: Pengguna Jambatan Kedua Pulau Pinang dapat diskaun 30 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam Ahad ini, para pengguna bakal menikmati kadar tol percuma di sepanjang laluan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), ELITE, Lebuhraya Butterworth-Kulim, LINKEDUA, Jambatan Pulau Pinang, LPT1, LPT2 serta Lebuhraya KL-Karak.

Namun, para pengguna yang ingin masuk atau keluar dari Pulau Pinang melalui dua plaza tol (Bandar Cassia dan JK2PP) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 30 peratus tepat jam 12.00 tengah malam Sabtu (30 April 2022) hingga pukul 11.59 malam Ahad (1 Mei 2022).

Diskaun tol yang sama juga boleh dinikmati pada tarikh 7 Mei 2022 jam 12.00 tengah malam hingga 8 Mei 2022 jam 11.59 malam.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Penawaran Tol Rahmah percuma tersebut boleh dinikmati selama 4 hari mulai 12:01 pagi, 19 April…
Berita Domestik
Dalam perutusan khas itu, kerajaan bakal melaksanakan Tol Rahmah Percuma iaitu pengecualian bayaran…
Berita Domestik
Menurut laporan dari Malaysiakini, sumber dari kerajaan setakat ini dikatakan bakal menetapkan…