Cyan Racing dedah rekaan dalaman jentera Volvo P1800 Cyan berharga RM2 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Cyan Racing buat kali pertamanya mendedahkan imej reka letak bagi ruang dalaman jentera lumba restomod P1800 Cyan setelah memperlihatkannya secara rasmi beberapa bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, P1800 Cyan merupakan jelmaan semula dari model Volvo P1800 yang diberikan nafas baharu yang digandingkan dengan enjin lumba sebenar dari Volvo S60 TC1.

 


Ruang kabin Volvo P1800 Cyan ini masih lagi mengekalkan rekaan klasik yang terdapat pada P1800 asal, namun tampil dengan beberapa pembaharuan seperti kehadiran sepasang tempat duduk jenis bucket, serta sangkar keselamatan titanium yang dibaluti kulit.

Papan pemuka Volvo P1800 Cyan ini juga dibaluti dengan kulit hitam, diikuti dengan roda stereng Momo Protipo, manakala gugusan meter pula adalah serba baharu dan unik untuk jentera P1800 Cyan.

 


Secara tidak langsung, pendekatan yang dibawa oleh Cyan Racing ini adalah ringkas, dan bersih untuk sebuah jentera klasik, namun masih tidak dapat menyembunyikan identiti sebenar sebagai sebuah jentera lumba.

Casis asal telah menjalani proses kejuruteraan semula oleh Cyan Racing bagi menjadikannya lebih sesuai dibelasah, seperti penggunaan keluli berkekuatan tinggi, sementara panel badan pula dibina daripada bahan gentian karbon.

 


Cyan turut menambah sistem stereng rak dan pinan, suspensi double wishbone, peredam boleh laras dua cara dengan sistem hidraulik dari Cyan, dan suspensi bebas di bahagian belakang.

Disebalik naiktaraf tersebut, berat bersih coupe dua pintu ini hanyalah sekitar 990 kg sahaja!

 


Disebalik bonet, anda akan mendapat enjin sama yang digunakan oleh jentera lumba Volvo S60 TC1, iaitu nadi empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi dog-leg lima nisbah kelajuan daripada Hollinger.

Kuasa yang dihasilkan? 413 hp dan daya kilas 455 Nm!

Menurut Mattias Evensson, Ketua Unit Kejuruteraan Cyan Racing berkata, "Enjin tersebut direka untuk kadar putaran yang sangat tinggi, dan dengan daya kilas yang linear kepada pendikit.

 


"Kami mengambil kira maklumat daripada pengalaman perlumbaan, di mana pemandu mahukan kawalan yang sempurana terhadap daya kilas, meningkatkan kadar ketepatan dan keseronokan pemanduan dalam masa yang sama.

Cyan Racing akan membina Volvo P1800 Cyan dalam unit yang sangat terhad, dengan harga jualan bermula dari $500,000 (RM2.06 juta).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini Volvo P1800 Cyan itu lebih berorientasikan litar lumba, kali ini Cyan Racing mahu…
Berita Global
Jelmaan P1800 zaman moden ini dinamakan sebagai Volvo P1800 Cyan, dan ya, ia sebenarnya dibangunkan…
Berita Global
Catatan terbaharu yang dicatatkan oleh Cyan Racing (lebih dikenali dengan nama Polestar sebelum ini…