Cybertruck kini dipamerkan di Pulau Pinang

oleh Firdaus Razani|
Cybertruck kini di Pulau Pinang
Jenama kenderaan elektrik (EV) terkemuka dunia, Tesla baharu sahaja dilancarkan secara rasmi di Pulau Pinang yang menampilkan model terkini seperti Model 3 Performance, Model Y dan pameran trak sensasi, Cybertruck.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Acara ini menandakan peristiwa penting bagi Tesla kerana syarikat itu meletakkan sasarannya untuk berkhidmat di negeri-negeri di Utara Malaysia.

 

tesla

 

Tesla juga telah menyatakan rancangan untuk membuka lokasi perkhidmatan selepas jualan secara  khusus di Pulau Pinang tidak lama lagi.

Dengan sambutan dan sokongan yang menggalakkan, penduduk Pulau Pinang dan wilayah utara Malaysia berpeluang untuk merasai Model 3 dan Model Y, serta berpeluang menyaksikan Tesla Cybertruck dengan lebih dekat.

Acara tersebut berlangsung pada 21 hingga 30 Jun 2024 di Tingkat Bawah Centre Atrium di Gurney Plaza, George Town.

 

tesla

 

Tambahan juga, orang ramai kini boleh memandu uji Model 3 dan Model Y di Pulau Pinang, dan alami sendiri teknologi serta prestasi kenderaan elektrik terkemuka industri Tesla.

Hubungi 1800-81-0655 atau lawati https://www.tesla.com/en_my/event/tesla-penang-testdrive untuk mengetahui lebih lanjut dan menjadualkan pandu uji.

Sebagai info tambahan, Tesla kini mempunyai tiga tapak pengecasan di Pulau Pinang, termasuk The Ship Campus, All Seasons Place dan Sunway Carnival yang menyediakan sejumlah 12 Pengecas Destinasi (Wall Connector) dan empat Pengecas Super V3.

 

tesla

 

Tesla juga telah mengesahkan pemasangan stesen pengecasan V4 pertama di Pulau Pinang di Gurney Plaza.

Stesen pengecasan ini akan meningkatkan kemudahan dan kebolehcapaian untuk memiliki Tesla di Pulau Pinang, dengan rancangan untuk mengembangkan lagi infrastruktur pengecasan pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut tentang acara di Gurney Plaza dan untuk menunjukkan minat, sila layari https://www.tesla.com/en_my/event/tesla-gurney-plaza-penang.

 

tesla

 

Selepas di Gurney Plaza, Tesla akan bergerak ke Queensbay Mall dari 2 hingga 14 Julai 2024.

Untuk mengikuti perkembangan terkini dengan acara dan produk Tesla, ikuti media sosial rasmi Tesla di Instagram @teslamotorsmys dan X @Tesla_Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Berita Global
Menjawab kepada persoalan yang dikemukakan di laman media sosial X, Elon Musk menjelaskan proses…