Cybertruck versi pra-produksi diperlihatkan, produksi ditangguhkan ke tahun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa kali tertangguh, Tesla nampaknya sudah hampir bersedia untuk memulakan fasa produksi bagi trak pikap Cybertruck, dan ini dibuktikan menerusi gambar model prototaip yang diambil sendiri oleh pekerja Tesla.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak seperti kali pertama ditunjukkan kepada umum oleh Elon Musk, model prototaip ini menampilkan beberapa perubahan yang memberikan petanda bakal memasuki fasa produksi kelak.

Seperti contoh, kehadiran penyeka kaca tunggal yang diposisikan menegak selari dengan tiang A, cermin sisi tradisional, ketiadaan pemegang pintu fizikal, serta set roda yang diperoleh daripada Model 3 tanpa sebarang pelindung aerodinamik.

Namun secara kasarnya, ia masih lagi membawakan bentuk yang agak bersegi, tiada sebarang perubahan yang ketara terhadap bentuk badan secara keseluruhannya.
 

Cybertruck


Tesla sebelum ini diberitakan akan menawarkan Cybertruck dalam dua versi dimensi, salah satu daripadanya merupakan trak pikap saiz penuh sementara sebuah lagi memiliki dimensi 20 peratus lebih kecil dan bakal memberikan saingan kepada trak pikap saiz pertengahan, seperti Ford Ranger.

Dalam perkembangan terbaharu, CEO Tesla Elon Musk mengesahkan produksi Cybertruck ditangguhkan (lagi) ke tahun 2023, dan ini bermakna, tiada sebarang pelancaran rasmi untuk tahun ini.

Selain daripada Cybertruck, model Tesla lain seperti Tesla Semi dan Tesla Roadster turut menerima nasib yang serupa.

Ini kerana menurut Elon Musk, fokus Tesla untuk tahun ini adalah untuk menumpukan perhatian dalam meningkatkan angka produksi model sedia ada.

Sumber: Cybertruck Owners Club

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…