Cycle & Carriage Bintang Pamer Mercedes-Benz EQS 450+ Di Mid Valley Megamall

oleh Penyumbang Rencana 2|
Cycle & Carriage Bintang yang merupakan salah satu syarikat pengedar Mercedes-Benz di Malaysia mengadakan sebuah pameran berkenaan teknologi elektrifikasi di Mid Valley Megamall bermula dari 17 hingga 21 Ogos 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan model rangkaian kenderaan elektrik (EV) Mercedes-EQ yang menggunakan sumber tenaga hijau iaitu Mercedes-Benz EQS 450+ 2022.
 

mercedes


Bagi memberi pengalaman yang luar biasa, Cycle & Carriage Bintang juga membenarkan pengunjung untuk mendekati model Mercedes-Benz EQS 450+ yang menjadi lambang utama bagi kenderaan Mercedes kategori EV kelas premium eksekutif.

Mereka berpeluang untuk melihat sendiri semua reka bentuk yang menampilkan ciri-ciri sistem pemanduan kereta elektrik pintar yang menggunakan bateri bervoltan tinggi untuk memberikan pengalaman hebat ketika memandu.
 

mercedes


Lebih mengujakan, pengunjung juga dapat menyaksikan barisan model Mercedes-AMG yang dipamerkan seperti Mercedes-AMG A 35 Sedan 4MATIC dengan penampilan sistem digital sepenuhnya pada bahagian kokpit kenderaan dan Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC compact SUV yang serba boleh serta sesuai untuk pemandu yang suka mengembara.

Pada masa yang sama, pameran ini turut melancar dan mempamerkan model terbaharu Mercedes iaitu C300 AMG Line dan GLC 300 e Coupé.

Pertunjukan ini mula dibuka pada jam 10 pagi sehingga 10 malam di bahagian Centre Court, Aras G, Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. 

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam usahanya menyediakan pengalaman yang mampan kapad pelanggan, pekerja dan komuniti Cycle…
Berita Domestik
Seperti kebanyakan negara di peringkat global, Malaysia turut menyaksikan peningkatan minat…
Berita Domestik
Jenama itu bersatu untuk menjadi tuan rumah Pengembaraan Kenderaan Elektrik (EV) pertama di…