CEO Cycle & Carriage, Thomas Tok berkata, pusat pusat servis dan alat ganti (2S) tersebut akan menampung keperluan pelanggan yang semakin bertambah di kawasan Utara.
"Kami sangat teruja untuk meraikan lebih daripada satu abad dalqm dunia dan autohaus di Pulau Pinang, ini adalah bukti semangat kami untuk terus berkembang dengan landskap automotif mewah Malaysia.
"Dengan pelbagai kemudahan yang tersedia di pusat 2S ini, kami akan dapat memberi servis terbaik kepada pelanggan dan menetapkan penanda aras baharu untuk kecemerlangan automotif di rantau ini," katanya.
Mercedes-Benz Autohaus di Sungai Pinang yang berkeluasan 90,000 kaki persegi termasuk kawasan binaan seluas 56,822 kaki persegi terletak di lokasi strategik berdekatan dengan mercu tanda ikonik lain seperti Komtar dan Gurney.
Pusat 2S itu menampilkan imej jualan jenama Mercedes-Benz yang terkini, dengan ruang menunggu yang selesa serta servis khusus dan Star Assistant.
Ia juga menjadi satu-satunya pusat badan dan cat Mercedes-Benz di Pulau Pinang dengan 21 ruang servis.
Kesemua perkhidmatan itu ditempatkan dalam bangunan lima-tingkat yang merangkumi bengkel servis, serta dikendalikan oleh juruteknik berkemahiran, dengan kapasiti 550 unit kenderaan sebulan.
Selain itu bangunan hijau Cycle & Carriage Sungai Pinang juga diikhtiraf dengan pensijilan emas.
Ia melalui konsep mesra alam termasuk wajah depan bangunannya yang mengurangkan penembusan haba, penggunaan panel solar, sistem pendingin cekap tenaga, lampu LED dengan fotosel dan penderia gerakan serta pemantauan masa nyata terhadap tahap penggunaan tenaga.