Cycle & Carriage tawar geran pengajian, tarikh tutup 31 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Cycle & Carriage Bintang Berhad baru-baru ini mengumumkan pembukaan permohonan bagi geran pengajian 2021 Youth Study Grant untuk tahun ketiga, bertujuan untuk menarik bakat muda yang berminat mencari kerjaya di dalam industri automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penawaran geran ini merupakan sebahagian daripada komitmen Cycle & Carriage dalam menyokong komuniti tempatan menerusi pendidikan teknikal dan vokasional.

Sehingga kini, seramai 10 orang telah dikurniakan geran pengajian semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2019.

Antara syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Rakyat Malaysia, berumur 16 tahun dan ke atas
  • Sedang berdaftar, atau memperoleh penempatan di dalam kursus automotif mengikut akreditasi yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Manusia, Kementerian Sumber Manusia (KSM) atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
  • Kredit minimum dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Berasal dari keluarga dengan pendapatan bulanan RM4,850 dan ke bawah

Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan sebanyak RM5,000 untuk tempoh pengajian selama tiga tahun maksimum, serta berpeluang untuk mendapatkan latihan industri ketika cuti semester, serta peluang kerjaya bersama Cycle & Carriage.

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://cyclecarriage.com.my/about-us/study-grant-2021/ bermula sekarang sehingga 31 Ogos 2021.