Dacia Manifesto Concept, lampu boleh cabut jadi lampu suluh!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dacia Manifesto Concept
Dacia Manifesto Concept
Satu perkara yang menyeronokkan apabila berkunjung ke pameran kenderaan ialah kereta konsep yang membayangkan model masa depan.

Ada juga kereta yang dibuat untuk penyelidikan seperti tinjauan pendapat, maklum balas pengguna dan sebagainya.

Terbaru Dacia mempertontonkan Manifesto Concept dan ianya bukan bayangan model masa depan.

Apa yang Dacia buat ialah sebagai makmal idea bagi menunjukkan ciri-ciri kenderaan Dacia pada masa akan datang.

Jelas kelihatan, Manifesto Concept tidak mempunyai pintu, tingkap dan cermin depan!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dacia Manifesto Concept

 

Pemandu dan penumpang bebas untuk menikmati cuaca dan suasana alam sebagai kenderaan aktiviti luar atau buggy.

Di antara ciri pada kereta ini ialah fungsi sambungan telefon pintar kepada papan pemuka dan komputer terbina dalam.

Ciri ini sudah pun dilengkapi pada beberapa model Dacia di pasaran dan akan terus dimajukan pada masa depan.

Jika fungsi itu sudah biasa, konsep YouClip pula menarik iaitu sistem ringkas untuk menyimpan pelbagai aksesori ringan dan praktikal.

Kaedah itu akan digunakan pada model akan datang Dacia.

 

Dacia Manifesto Concept

 

Satu idea menarik pada Manifesto ialah hanya satu lampu utama dipasang. Kenapa perlu dua lampu bila satu sahaja dah cukup, soal Dacia.

Lagi menarik lampu itu boleh dicabut dan dijadikan lampu suluh!

Ciri utama lain pada Manifesto ialah pacuan empat roda, ukuran badan tinggi, roda besar dan tahan lasak untuk melalui pelbagai keadaan muka bumi.

Banyak lagi ciri yang menarik seperti ianya kalis air dan pengguna boleh basuh bahagian dalam menggunakan pancutan air (water jet).

Pelapik kerusi pula boleh dibuka untuk dijadikan beg tidur.

 

Dacia Manifesto Concept

 

Praktikaliti lain ialah rak bumbung yang boleh menyimpan pelbagai bebanan dan palang pengangkut boleh laras untuk pelbagai konfigurasi.

Ciri ini sudah pun diguna pakai pada palang bumbung modular Dacia Sandero Stepway, Jogger dan Duster dalam masa terdekat.

Sebagai kenderaan aktiviti luar, punca kuasa elektrik juga penting. Manifesto dilengkapi bateri boleh tanggal dan outlet untuk pengguna mendapatkan bekalan elektrik.

Selain itu, Manifesto mempunyai dimensi badan kompak dan berat yang ringan.

 

Dacia Manifesto Concept

 

Komponen utama badan kereta ini dibuat daripada plastik dan sebahagiannya bersumberkan bahan kitar semula.

Bahan itu dipanggil Starkle® dan diperbuat daripada polipropilena yang diproses  dan mempunyai corak berbintik.

Bahagian dalam seperti pelapik papan pemuka dibuat daripada gabus dan seperti model terbaru Dacia, tiada riasan krom digunakan.

Satu lagi yang menarik ialah tayar tanpa udara! Tayar yang kalis bocor boleh tahan lama dan tidak perlu diganti, jimat dari segi sumber alam sekitar.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Dacia Manifesto Concept