Dacia perlihat logo baharu yang lebih ringkas, futuristik dan minimalis

oleh Mohamad Hanif|
Jenama mesra bajet yang duduk di bawah naungan Renault Group, Dacia baru-baru ini memperlihatkan logo baharu yang menandakan penjenamaan semula identiti pengeluar automotif dari Romania itu.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Logo baharu Dacia kini lebih mudah dibaca sebagai huruf DC (jangan keliru dengan DC Comics pula ya!), di mana ia pertama kali diperlihatkan menerusi model konsep SUV Bigster awal tahun lalu.

Tidak seperti logo terdahulu, logo baharu ini tampak lebih futuristik dengan garisan geometri yang lebih ringkas dan seimbang.

 


Penggunaan warna hijau menandakan hubungan rapat jenama itu dengan alam sekitar, namun Dacia juga dikatakan bakal menggunakan warna-warna lain seperti dark khaki, terracota, sand, dan bright orange.

Dengan penjenamaan semula ini dibuat, Dacia mahu memfokuskan kepada falsafah utama mereka untuk menjadi sebuah jenama yang bernilai dengan setiap wang yang dibelanjakan, bukan sahaja untuk barisan model sedia ada seperti Sandero, Logan dan Duster, malah turut merangkumi model Dacia Spring, salah satu kereta elektrik paling murah dalam dunia.

Identiti baharu ini bakal digunakan mulai Jun 2021 menerusi laman web spesifik, pengiklanan, serta brosur produk diikuti dengan pusat pengedar seawal tahun 2022.

 


Manakala logo dan emblem baharu ini bakal digunakan pada kereta Dacia pada separuh kedua tahun hadapan, berkemungkinan besar dimulakan oleh model produksi sebenar bagi konsep Bigster.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak 2021, Dacia giat memperkemaskan Spring sebagai contoh model 2023 dan terbaru versi…
Berita Global
  Jentera itu menggunakan kepakaran Renault Group dan Prodrive dan dibangunkan mengikut peraturan…
Berita Global
  Dari situ, Renault Group memiliki dua buah jenama mampu milik dengan masing-masing di pasaran…