Model keluaran Dacia juga berjaya di mana dalam tempoh 15 tahun lebih 6.5 juta pelanggan di serata dunia telah Logan, Sandero dan Duster.
Walaupun dengan posisi sebagai jenama ekonomi, tidak bermakna Dacia mengabaikan teknologi dan trend terkini.
Terbaru Dacia mempertontonkan kereta konsep Spring Electric yang merupakan model elektriknya yang pertama dan juga langkah sulung dalam gelombang kenderaan sifar emisi.
Sebagai subsidiari sebuah syarikat mega, Dacia menggunakan pengetahuan sepuluh tahun yang dimiliki Kumpulan Renault di dalam bidang kenderaan elektrik.
Sebagaimana falsafah Dacia, Spring Electric hadir dengan ciri ringkas dan boleh diharap.
Kereta ini boleh dipandu lebih daripada 199 km (standard ujian WLTP) dan sesuai digunakan di kawasan bandar dan pinggir bandar.
Dari segi saiz, model ini begitu kompak dengan ukuran panjang 3.73 meter. Rekaan dan gayaan rugged menampakkan Spring Electric sebaris dengan kereta elektrik lain.
Tidak banyak yang dikongsikan Dacia mengenai model ini kecuali pengesahan berada di pasaran pada awal 2021 di beberapa pasaran terpilih.
Penulis: Muhammad Md Tajudin