DAFUNDER - bila Honda N-Van mahu jadi Defender

oleh Mohamad Hanif|
Rekaan Land Rover Defender generasi baharu kini menjadi inspirasi buat sesetengah pihak terutama syarikat penala yang mahu menghasilkan kit badan untuk model-model tertentu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Selepas melancarkan TFENDER yang dihasilkan khusus untuk Toyota ProBox, ESB Style kini melancarkan kit badan DAFUNDER untuk model kei-car Honda N-Van.

Baca: TFENDER

 

DAFUNDER


Pakej tersebut merangkumi struktur bampar depan termasuk jeriji dan liang kemasukan yang menyerupai model Defender sebenar, diikuti dengan perkataan 'DAFUNDER' pada bahagian bonet.

Disebabkan unit lampu asal sudah pun mempunyai grafik LED berbentuk bulat seperti rekaan Defender, tiada sebab untuk ESB Style mengubah bahagian tersebut.
 

DADUNFER


Untuk bahagian sisi, tiada sebarang perubahan dibuat melainkan tiang C yang dicat mengikut warna badan mengikut tema Defender.

Sama juga halnya dengan bahagian belakang di mana ubahsuai yang dibuat adalah agak minima, di mana ia ditampilkan dengan emblem Honda beserta dengan perkataan 'Hondafunder' pada pintu belakang.

ESB Style turut menambah kit suspensi yang mampu meninggikan jarak kelegaan tanah sehingga 25 mm, diikuti dengan rim bersaiz 14 inci yang dibaluti tayar all-terrain.
 

dafunder


Enjin tiga silinder sebaris 660 cc yang asal masih lagi dikekalkan dengan talaan kuasa 64 PS, dipadankan dengan transmisi CVT yang memacu roda hadapan (atau semua roda bergantung kepada varian).

Berikut merupakan senarai kos untuk setiap barangan yang diperlukan untuk N-Van anda (itu pun kalau ada satu di rumah):

bampar depan - ¥70,000 (RM2,314)
bampar belakang - ¥30,000 (RM992)
pelindung lampu belakang  - ¥25,000 (RM826)
kit suspensi -  ¥38,000 (RM1,256)
rim 14 inci - ¥56,000 (RM1,851)
seat cover - ¥50,000 (RM1,626)

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…