Dah sampai masa tukar hon? Auto2u kini tawar diskaun 15 peratus untuk hon HELLA!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, seperti komponen kereta yang lain, hon juga diklasifikasikan sebagai barangan pakai lusuh?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ya, tahun demi tahun, selepas ratusan dan ribuan kali ia dibunyikan atas jalan raya tatkala terserempak dengan binatang liar ataupun manusia kurang siuman, anda akan perasan tanda-tanda hon semakin menghampiri akhir hayat dan perlu digantikan.

Bunyi hon yang tidak lagi nyaring. Atau mungkin tiada langsung bunyi hon. Atau ia hanya berbunyi sekali sekala walaupun anda sudah menekan habis suis pada roda stereng.
 

Red TwinTone


Untuk mereka yang mahu mencari hon baharu, Auto2u ada menawarkan promosi khas sempena akhir tahun, sesuai untuk mereka yang memikirkan bajet atau mahukan yang terbaik.

Mereka dengan bajet terhad boleh mendapatkan hon HELLA 12V Red Twin Tone Fanfare Horn dengan warna merah menyala.

Biarpun disifatkan sebagai hon bajet dengan saiz yang serba kompak (81 mm x 80 mm x 109 mm), hon Red Twin Tone ini mampu melontarkan bunyi sekuat 110 dB dengan dua frekuensi, iaitu tona rendah 400 Hz dan tona tinggi 500 Hz.
 

Hon


Jika anda merasakan pelaburan besar itu bukan satu masalah, dapatkan sahaja HELLA Avant Tone 12V Twin Tone Horn yang lebih sesuai untuk kegunaan di atas lebuh raya dan juga off-road.

Dengan dimensi 63 mm x 140 mm, Avant Tone ini mampu menghasilkan dua tona bunyi 280 Hz dan 380 Hz dengan kelantangan bunyi sekitara 118 dB, jauh lebih kuat berbanding hon merah itu tadi.

 

HELLA


Jadi, di mana nak dapatkan produk hon HELLA yang berkualiti itu?

Sudah pasti di laman membeli-belah dalam talian Auto2u yang kini menawarkan diskaun sehingga 15 peratus untuk para pembeli bermula 23 November hingga 22 Disember 2022.

 


Dengan memasukkan kod promosi CRTHELLA, setiap pembelian hon akan disertakan dengan barangan percuma sama ada kain pengelap dan pembersih cermin, atau mentol LED Narva T10.

Klik link ini untuk beli: https://bit.ly/c6-auto2u-hella-horn-nov22-promo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…