Daihatsu Ayla rasmi dilancarkan di Indonesia - bermula dari RM28k

oleh Mohamad Hanif|
Ditengah-tengah keadaan yang semakin membimbangkan akibat penularan wabak coronavirus, pihak Astra Daihatsu Motor telah melancarkan dua buah model iaitu Daihatsu Ayla dan Daihatsu Sirion menerusi siaran Youtube.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hatchback segmen A, Daihatsu Ayla ternyata banyak mengambil inspirasi daripada rekaan Ayla Turbo yang pernah ditampilkan sebelum ini. 

Ia merupakan pendekatan Daihatsu untuk menawarkan sebuah kereta mampu milik dengan rekaan yang mampu menarik perhatian umum. 
 


Muka depan Daihatsu Ayla didatangkan dengan gril serba baharu yang dilayangkan dengan warna hitam serta rekaan bumper yang lebih agresif, terutama perumah lampu kabus yang bersegi itu. 

Lampu utama merupakan lampu LED jenis projektor dan digandingkan dengan lampu nyalaan siang LED nipis. 

Namun, untuk varian 1.0 liter yang lebih mampu milik, Daihatsu mendatangkan rekaan bumper yang lebih sopan dan tidak seagresif varian teratas. 
 


Sementara varian Ayla 1.2 liter X pula didatangkan dengan kemasan layangan warna hitam menggantikan warna krom pada bahagian perumah lampu kabus. 

Perubahan minima dibawakan pada bahagian belakang dengan kehadiran lampu berbentuk L berkembar. 
 


Rekaan papan pemuka pula tidak banyak berubah, namun Daihatsu Ayla kini didatangkan dengan paparan skrin sentuh 2DIN bersaiz 7 inci, sistem pendingin hawa digital, dan butang pandu mula/berhenti. 

Unit pacuan pula didatangkan dengan enjin 1.0 liter 1KR-DE tiga silinder sebaris yang mampu menghasilkan 64 kuasa kuda dan 86 Nm daya kilas, manakala enjin 1.2 liter 3NR-VE pula dilengkapi Dual-VVTi menghasilkan 87 kuasa kuda dan 108 Nm. 
 


Sementara itu, untuk Daihatsu Sirion pula diberikan beberapa perubahan minima seperti kit badan aero, side stone guard di bahagian sisi dan pemegang nombor pendaftaran yang digelapkan di bahagian belakang. 

Daihatsu Sirion turut didatangkan dengan unit hiburan serba baharu yang menyokong sambungan mirror link bersaiz 7 inci.
 


Harga jualan bagi Daihatsu Ayla bermula dari IDR 101,650,000 (RM28 ribu) sehingga IDR 159,400,000 (RM44 ribu), manakala Daihatsu Sirion pula dijual pada harga IDR 200,100,000 (RM55,128) untuk transmisi manual sehingga IDR 214,850,000 (RM59,192) untuk versi automatik. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan laporan daripada OtoDriver, sumber itu memberitahu generasi baharu Agya/Alya yang juga…
Berita Global
Akan tetapi, pihak rakan media Funtasticko.net berjaya mendapatkan risalah brosur produk Daihatsu…