Daihatsu bakal perkenal minivan hibrid Oktober ini, bakal jadi Alza generasi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin berita yang bakal menggembirakan pihak yang menantikan kehadiran pengganti Alza, di mana rakan teknikal Perodua, Daihatsu dilaporkan sedang membangunkan sebuah minivan (atau MPV) baharu menjelang penghujung tahun ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Mengutip informasi daripada laman web automotif Jepun BestCarWeb.jp, mereka berjaya menemubual individu yang terlibat di dalam projek tersebut dan mengesahkan dua buah model yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Salah satu daripadanya adalah sebuah minivan yang bakal menampilkan trenkuasa hibrid dan ia akan berkongsi platform yang sama digunakan pada Daihatsu Rocky/Toyota Raize/Perodua Ativa.

 


Laman web BestCarWeb turut menyenaraikan kemungkinan enjin hibrid yang bakal dimuatkan adalah enjin 1.5 liter petrol aspirasi natural dengan bantuan motor elektrik daripada Toyota, manakala versi asas pula mungkin sekali didatangkan dengan enjin 1.3 liter dengan bantuan mild-hybrid.

Selain daripada trenkuasa hibrid, minivan baharu ini mampu menempatkan sehingga tujuh orang pada satu-satu masa (tiga baris tempat duduk) dan memiliki dimensi yang lebih kecil berbanding Toyota Sienta.

Jika anda masih ingat, konsep yang sama pernah diperlihatkan menerusi model DN-Multisix yang muncul pada acara Tokyo Motor Show 2017 di mana ia disebut-sebut sebagai model pengganti Daihatsu Xenia (Toyota Avanza).

Jadi adakah model minivan hibrid ini bakal menjadi Alza generasi baharu?

 

sumber gambar: Carsome


Masih lagi terlalu awal untuk berkata sedemikian, namun Perodua dalam satu sidang media baru-baru ini mendedahkan mereka kini sedang dalam perbincangan dengan Daihatsu untuk memperkenalkan model yang dielektrifikasi (hibrid) pada masa akan datang.

Menurut bos besar Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengesahkan model Ativa yang dilancarkan baru-baru ini tidak akan menerima varian hibrid, akan tetapi ia bakal ditawarkan pada model akan datang.

Adakah model yang dimaksudkan itu Alza generasi baharu?

Sumber: BestCarWeb.jp

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…