Daihatsu diterima semula ke CJPT, bersama Suzuki dan Toyota bangunkan van EV

oleh Muhammad Md Tajudin|
Daihatsu Hijet Cargo
Daihatsu Hijet Cargo
Commercial Japan Partnership Technologies Co., Ltd. (CJPT) telah mengambil keputusan untuk menerima Daihatsu Motor Co., Ltd.

Sebelum ini Daihatsu mengundur diri dari CJPT pada Februari 2024 susulan pelbagai insiden penipuan pensijilan.

CJPT ditubuhkan pada April 2021 untuk mempercepatkan pelaksanaan sosial dan penyebaran teknologi Connected, Autonomous, Shared, Electric (CASE).

CJPT juga bertujuan untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapi industri pengangkutan dan menyumbang kepada pencapaian masyarakat neutral karbon.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025
Suzuki Every

 

Pada asalnya, CJPT ditubuhkan oleh Isuzu Motors, Hino Motors dan Toyota Motor Corporation sebelum disertai Suzuki dan Daihatsu pada Julai 2021.

Sejak penubuhan CJPT telah menyumbang ke arah masyarakat neutral karbon melalui penyebaran teknologi CASE dan turun ke padang untuk menyelesaikan isu logistik.

Selepas kontroversi yang melanda, Daihatsu telah melengkapi peralihan fasa perlaksanaan dan perlaksanaan berterusan untuk kesemua 102 perkara yang disenaraikan.

Senarai tersebut merangkumi tindakan pencegahan daripada berulang.

 

Toyota Pixis Van

 

Daihatsu telah melaporkannya kepada Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan pada 24 Januari.

Reformasi Daihatsu tidak akan selesai dalam tempoh semalaman namun berpaksikan kepada kekuatan ramai pihak termasuk Daihatsu diperlukan.

Kelebihan masing-masing diperlukan untuk isu yang mendesak termasuk logistik dan dari situ CJPT mengambil keputusan untuk meluluskan permohonan kembali Daihatsu.

Pegangan sepuluh peratus yang sebelum ini diserahkan kepada Toyota akan dikembalikan kepada Daihatsu. 

 

 Daihatsu Hijet Cargo - Suzuki Every - Toyota Pixis Van

 

Tindakan sama juga akan dilakukan untuk Commercial Japan Partnership Technologies Asia Co., Ltd. yang ditubuhkan di Thailand pada Oktober 2023.

Sementara itu, projek kenderaan perdagangan ringan elektrik yang diumumkan pada Mei 2023 disasarkan untuk diperkenal pada tahun fiskal 2025.

Van ini dibangunkan secara bersama oleh tiga syarikat dan menggabungkan kepakaran Suzuki dan Daihatsu di dalam menghasilkan kenderaan kecil.

Kepakaran tersebut digabungkan bersama teknologi elektrifikasi Toyota dan menggunakan sistem BEV yang sesuai untuk kenderaan perdagangan kecil.

Perancangan sebelum ini adalah untuk memperkenalkannya pada tahun fiskal 2023. Tiga gambar dikongsi iaitu Daihatsu Hijet Cargo, Suzuki Every dan Toyota Pixis Van.

Pemakluman 2023 juga menyatakan tugas pengeluaran akan dilakukan oleh Daihatsu.

Tidak banyak maklumat teknikal yang dikongsi kecuali jangkaan jarak pemanduan sekitar 200 kilometer (km) sekali cas.

CJPT turut terlibat dalam perancangan untuk menghasilkan kenderaan dengan spesifikasi optimal bagi kegunaan logistik peringkat akhir (last mile) yang cekap.

Kenderaan perdagangan ringan merangkumi kira-kira 60 peratus daripada jumlah kenderaan perdagangan dan memainkan peranan penting di dalam logistik peringkat akhir.

Penggunaan kenderaan ini oleh rakan kerjasama di dalam projek yang diusahakan CJPT dapat mempercepatkan usaha ke arah mencapai neutral karbon.

Penulis: Muhammad Md Tajudin