Angka itu sekaligus dapat mengekalkan Daihatsu Gran Max sebagai model pikap dan van panel nombor 1 di Malaysia dalam segmen kenderaan komersial ringan bawah 2.0 liter tahun 2022.
Walaupun menghadapi kesukaran dengan masalah bekalan dalam industri secara global, Daihatsu Malaysia masih mencatatkan prestasi jualan keseluruhan yang kukuh dengan pengenalan Gran Max Minor Change (MC) pada Jun 2022 sebagai tambahan kepada barisan model sedia ada.
Kedua-dua model Gran Max tersebut menerima perubahan kecil seperti kemas kini baharu pada Tetingkap Kuasa, Sistem Pemain Multimedia, Kamera Undur dan Port USB Pengecasan Pantas 12v-24v.
Pengarah Urusan Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd, Arman Mahadi berkata, “Perlu diingat bahawa kemudahan dan kepraktisan adalah salah satu aspek pertimbangan yang paling kuat untuk penggunaan kenderaan komersial."
"Daihatsu Malaysia menyasarkan untuk menyampaikan pengalaman pemanduan keseluruhan dalam menyediakan keselesaan, kebolehpercayaan, keselamatan dan lebih-lebih lagi kemudahan dan kepraktisan dalam setiap pemanduan."
"Untuk itu, kami percaya Gran Max (MC) menerima sambutan positif, sekali gus menyumbang kepada jualan 2022.”
Pada tahun 2022, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah merekodkan sebanyak 78,885 unit kenderaan komersil berdaftar (25% lebih tinggi daripada ramalan TIV).

Perkara tersebut menunjukkan terdapat peningkatan dalam jualan segmen kenderaan komersial dengan peningkatan permintaan apabila syarikat itu mula melabur dalam jangkaan pemulihan ekonomi selepas dua tahun kelembapan akibat kesan pandemik Covid-19.
Sebagai pengedar eksklusif tunggal kenderaan komersial Daihatsu di Malaysia, berkembang dan menambah baik capaian pelanggan sentiasa menjadi keutamaan syarikat.
Membina rangkaian pengedaran yang ideal bukan hanya mencipta peluang untuk menjangkau pelanggan baharu, tetapi juga membina pengiktirafan jenama untuk kekal relevan dan berdaya saing di kalangan peneraju pasaran.
Daihatsu Malaysia percaya dalam menyediakan kenderaan tahan lasak dan penawaran produk yang boleh dipercayai, serta berusaha dalam memberikan perkhidmatan selepas jualan berkualiti terbaik untuk pelanggannya.