Daihatsu Malaysia lancar Business Fleet Program - solusi menyeluruh buat perniagaan kecil sederhana (SME)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daihatsu Malaysia Sdn Bhd (DMSB) hari ini mengumumkan pelancaran program Daihatsu Business Fleet Program dalam memberikan solusi dan perkhidmatan selepas jualan bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME) di Malaysia. 

Menurut Arman Mahadi, Pengarah Urusan Daihatsu Malaysia berkata, "Program ini bertujuan untuk memfokuskan kepada perkhidmatan bagi memenuhi keperluan perniagaan semasa, terutama di dalam sektor pengangkutan.

Antara manfaat yang ditawarkan menerusi program ini termasuklah:

  • Variasi kenderaan komersil - terdapat lebih daripada 17 pilihan panel van, trak pikap, sehinggalah kepada kenderaan medium dan berat
  • Insentif Jualan dan Perkhidmatan - rebat khas untuk setiap pembelian kenderaan baharu Daihatsu
  • Daihatsu's Mobile Service - perkhidmatan servis on-site khusus buat para pelanggan Daihatsu tanpa cas tambahan
  • Jaminan lima tahun/100,000 km 
  • Kontrak servis penyelenggaraan mengikut keperluan
  • Program Latihan Keselamatan Pemandu - untuk meningkatkan skil pemanduan dan budaya jalan raya yang selamat
  • Perkhidmatan tuntutan kemalangan dan pembaikan 

 


Dalam acara yang sama, Daihatsu membawakan dua unit konsep Gran Max yang dihasilkan menerusi kerjasama bersama Free Tree Society dan juga Columbia Asia bagi menunjukkan sejauh mana tahap versatiliti kenderaan komersil ringan tersebut.

Daihatsu Gran Max dikuasakan oleh enjin 1.5 liter DVVT yang memacu roda belakang dan dengan keupayaan membawa kargo seberat 2,000 kg. 

Bagi menjadikan Gran Max sebuah kenderaan komersil ringan yang selamat, ia dilengkapi dengan ciri seperti ABS, dua beg udara dan stereng berkuasa bagi memberikan pengendalian yang lebih meyakinkan terutama di dalam kawasan trafik urban. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laman e-dagang rasmi Daihatsu Malaysia ini menawarkan pelbagai jenis alat ganti tulen dan OEM yang…
Berita Domestik
Kempen Rewilding Roadshow ini bertujuan untuk mempromosikan biodiversiti dan juga gaya hidup yang…
Berita Domestik
Kempen tersebut melibatkan 1,451 buah model yang diproduksikan bermula 7 Mac 2018 sehingga 10 April…