Daihatsu Sirion 2022 facelift dilancarkan di Indonesia - Myvi versi 'downgrade', dari RM69k

oleh Mohamad Hanif|
PT Astra Daihatsu Motor baharu sahaja melancarkan model hatchback Daihatsu Sirion 2022 versi facelift untuk pasaran Indonesia, atau lebih mudah lagi Perodua Myvi dengan lencana D.

Difahamkan, terdapat dua varian utama sahaja yang ditawarkan, dan kedua-dua varian itu tampil dengan pilihan tunggal enjin 1.3 liter (1NR-VE) yang mampu menjana kuasa 95 PS/121 Nm, dipadankan dengan transmisi D-CVT menggantikan kotak gear auto pada model terdahulu.

Menariknya, versi facelift Daihatsu Sirion ini juga kini tidak lagi menyertakan penawaran transmisi manual, sama seperti apa yang dibuat oleh Perodua untuk pasaran Malaysia pada model Myvi facelift.
 

Myvi


Antara perubahan yang dibawakan adalah sama seperti apa yang dibawakan pada Myvi facelift, seperti rekaan lampu depan dan bampar baharu, panel meter dengan paparan MID berwarna, sistem infotainmen dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, penapis udara terbina serta ciri kunci pusat dengan pengesan kelajuan.

Menurut laporan Autonetmagz, apa yang membezakan varian 1.3 X dan 1.3 R adalah kehadiran kit badan dan stereng balutan kulit yang ada pada varian 1.3 R CVT.
 

Sirioon


Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah dua beg udara SRS, brek ABS, BED, Kawalan Kestabilan Kenderaan dan Kawalan Cengkaman, serta Bantuan Mula Mendaki (HSA).

Sayang sekali, tiada langsung ciri seperti DRL atau ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) disertakan sebagai ciri standard, tidak seperti penawarannya di Malaysia.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AutonetMagz (@autonetmagz)


Harga jualan Daihatsu Sirion 2022 facelift ini bermula dari IDR227,600,000 (RM68,907) untuk varian 1.3 X CVT, hingga IDR236,800,000 (RM71,693) untuk varian 1.3 R CVT yang lebih sporti itu.

Sumber: Instagram Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan insiden…
Berita Domestik
Amirul Anwar Mohamed Jelani, 24, didakwa memandu sebuah kereta secara melulu dan berbahaya sehingga…
Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan, Munzir Azmeer Abd Rahim, 28, didakwa memiliki tumbuhan kering disyaki…