Daihatsu Tanto FunCross - varian baharu untuk aktiviti 'lasak'

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Jepun baru-baru ini meriah dengan kehadiran model-model kei-car yang telah dikemaskini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada kehadiran N-One dalam tema retro, kali ini pihak Daihatsu cuba menawarkan sesuatu yang berbeza menerusi varian Tanto FunCross.
 

FunCross


Seperti namanya, Tanto FunCross menampilkan elemen ala crossover dengan rekaan bampar serba baharu yang dilindungi dengan cladding plastik, rekaan gril yang hampir tertutup, pelindung sisi pada bahagian pintu, skid plate, rel bumbung serta rim aloi jejari besar dengan kemasan gelap.

Selain daripada penawaran standard yang cukup nampak lasak itu, Daihatsu juga menawarkan pakej aksesori iaitu Rugged dan Casual Active yang membawakan penyesuaian yang tersendiri pada model kei-car itu.
 

FunCross


Susun atur ruang kabin Tanto masih lagi sama dengan menempatkan skrin infotainmen sembilan inci serta paparan meter kluster digital yang tinggi, namun varian FunCross diberikan aksen warna kontras pada papan pemuka, rekaan kamuflaj pada upholsteri tempat duduk, serta ciri kalis air pada ruang kargo dan bahagian belakang tempat duduk.

Ciri yang turut dikekalkan daripada varian Tanto lain termasuklah pintu gelangsar belakang automatik, dan kerusi pemandu yang boleh dilaras jauh ke belakang.
 

FunCross


Kei-car buatan Daihatsu ini mengekalkan nadi tiga silinder sebaris 658 cc yang mampu menghasilkan 51 hp (versi NA) atau 63 hp (versi turbo) yang dipadankan dengan transmisi CVT, serta sistem pacuan roda depan atau semua roda.

 

 

 

Daihatsu Tanto Custom


Selain daripada FunCross, Daihatsu turut mengemaskini varian Custom dengan menampilkan rekaan gril besar seakan sebuah Lexus, kemasan krom yang lebih banyak, rekaan roda baharu serta penawaran warna-warna yang lebih menyerlah.

Harga untuk varian baharu FunCross ini masih belum didedahkan, namun sebagai makluman Daihatsu Tanto memiliki tanda harga bermula dari ¥1,243,000 (RM40,496) di Jepun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daihatsu Taft (Tough and Almighty Four Wheel Touring Vehicle) membawakan dimensi yang hampir serupa…