DAIKIN PERHATIKAN TEKNOLOGI PENJIMATAN TENAGA SAMSUNG-TESLA

oleh Firdaus Razani|
Syarikat penghawa dingin terbesar Jepun, Daikin Industries kini sedang mencari kaedah penjimatan tenaga baharu untuk mengekalkan kelebihannya berbanding pesaing seperti Samsung.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ia berikutan kerana permintaan elektrik di seluruh dunia daripada penghawa dingin kini kian bakal meningkat pada dekad akan datang.

Agensi Tenaga Antarabangsa menganggarkan 3,350 gigawatt kapasiti penjanaan akan diperlukan untuk memenuhi permintaan global bagi penyejukan pada tahun 2050.

Nilai tersebut meningkat kira-kira empat kali ganda daripada tahun 2016, tambahan pula, apabila kini penerimaan semakin meluas di pasaran baharu muncul seperti India dan negara Afrika.

 

daikin

 

Pertumbuhan itu terlalu besar untuk dipenuhi oleh loji janakuasa baharu atau penambahbaikan tambahan kepada penghawa dingin konvensional.

Oleh itu, pengilang kini sedang mencari jalan lain untuk meningkatkan kecekapan, daripada perisian pemantauan Samsung kepada pam haba Daikin.

Pada Oktober lalu, Daikin telah melabur sebanyak $321 Juta untuk kilang baharu di Poland yang menghasilkan pam haba cekap tenaga yang mengawal suhu dengan memindahkan haba.

 

daikin

 

Pam haba merupakan daya tarikan di Eropah, walaupun jualan telah merosot baru-baru ini oleh kerana penurunan harga gas, namun kerja-kerja di kilang itu berjalan lancar.

Di Jepun, Daikin telah membuktikan penurunan dari tahun ke tahun dalam penggunaan tenaga di Aeon walaupun di tengah-tengah rekod panas musim panas lalu.

 

daikin

 

Aeon yang merupakan syarikat peruncit terkemuka Jepun, dengan sekitar 16,000 lokasi dilaporkan hanya menggunakan kira-kira satu peratus daripada tenaga elektrik negara itu.

Pengilang meninjau penghawa dingin di setiap Aeon untuk mengenal pasti unit lama yang perlu diganti dan menukarnya dengan sistem yang lebih baharu dan lebih cekap tenaga.

Januari lalu, Samsung Electronics telah mengumumkan perkongsian dengan Tesla pada pameran perdagangan teknologi pengguna CES di Las Vegas.

 

samsung

 

Perkongsian itu menyaksikan, di mana aplikasi Samsung digunakan untuk memantau penggunaan tenaga oleh peralatan rumah melalui dalam kenderaan elektrik (EV) Tesla.

Daikin sedang memerhatikan hubungan antara dua syarikat tersebut dalam pembangunan teknologi penjimatan tenaga.

Sebelum ini, dikatakan Tesla pernah berusaha untuk bekerjasama dengan Daikin, namun berita itu senyap dan tiada apa yang berlaku.

 

SUMBER : NikkeiAsia