Daimler mahu jual 25 pusat pameran Mercedes di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu langkah terbaharu, Daimler merancang untuk mengurangkan jumlah pusat pameran dan pusat servis yang dimilikinya di Eropah untuk mengurangkan kos tetap serta meningkatkan simpanan tunai sehingga 1 bilion euro (RM5 billion).

Menurut laporan daripada Automotive News Europe yang memetik akhbar Handelsblatt, terdapat 25 buah pusat pameran dan pusat servis di seluruh Britain, Sepanyol dan Belgium yang bakal dijual kepada kumpulan pengedar bebas.

Sehingga kini, kesemua pusat pameran yang dimaksudkan itu mempunyai kekuatan tenaga pekerja seramai 2,800 orang.

Wakil jurucakap Daimler memberitahu, mereka meletakkan keutamaan kepada kelangsungan pekerjaan setiap individu yang bekerja di lokasi tersebut.

Beliau turut menambah, pusat pameran di pasaran Eropah yang lain pada ketika ini tidak sedia untuk dijual.

Langkah yang sama pernah dipraktikkan oleh Daimler pada tahun 2015 di negara sendiri, di mana syarikat itu menjual kesemua pusat pameran Mercedes-Benz di Jerman kepada syarikat Lei Shing Hong, kumpulan pengedar Mercedes-Benz terbesar di dunia.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Kehadirannya dalam industri automotif tidak boleh disangkal lagi, namun terdapat berita baharu di…
Berita Domestik
Untuk itu, Mercedes-Benz telah menandatangani perjanjian sewa jangka panjang di mana operasinya…
Berita Global
Daripada senarai tersebut, adalah tidak mengejutkan apabila syarikat teknologi gergasi utama dunia…