Daimler, Volvo dalam perbincangan bangunkan teknologi enjin bersama

oleh Mohamad Hanif|
Ini bukan zaman di mana pengeluar bergerak sendirian, rata-rata pengeluar automotif global sudah pun mengorak langkah bersama dengan menjalin kerjasama dengan pengeluar lain dalam menghasilkan sesuatu produk dengan kos yang minimum.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, pembuat kenderaan mewah Daimler dan Volvo Cars mempertimbangkan opsyen untuk mengurangkan kos pembangunan enjin pembakaran dalaman menerusi kerjasama antara kedua-dua belah pihak, menurut laporan daripada Automotive News Europe. 

Memetik kata-kata pengurus Volvo, terdapat perbincangan awal antara jenama yang dimiliki oleh Geely itu dengan Daimler namun masih tiada kata putus yang diperoleh. 

Malah, jurucakap syarikat yang disebutkan enggan mengulas lanjut berkenaan projek akan datang daripada kedua-dua syarikat tersebut. 

 


Geely ketika ini memiliki 10 peratus pegangan di dalam Daimler dan kedua-dua syarikat ini sudah pun memiliki perancangan tersendiri dalam membangunkan kereta elektrik Smart generasi baharu. 

Volvo juga pernah diberitakan sebelum ini mahu menggabungkan operasi pembangunan enjin pembakaran dalaman serta enjin hibrid dengan Geely di bawah satu syarikat pembekal global. 

Sebagai sebuah syarikat yang bebas di bawah Geely, Volvo turut membekalkan enjin kepada kenderaan berjenama Geely serta jenama bersama Lynk & Co. 

Malah, kedua-duanya turut berkongsi dan membangunkan platform kenderaan untuk kegunaan bersama. 

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Daimler Motorized Vehicle 1899 boleh dikatakan sebagai nenek moyang kepada Sprinter masa kini,…
Berita Global
Namun, baru-baru ini Geely dalam satu siaran media mengumumkan telah berjaya mencapai persetujuan…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, NGO tersebut memberikan tempoh sehingga 20 September yang lalu…