Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus berinovasi demi menyedut wang infiniti daripada para peminat dan pencinta Jimny.
Kit terbaharu Little G. yang ditawarkan oleh DAMD dilihat mampu mengubah penampilan asal Jimny yang comel itu menjadi sebuah SUV yang sedia untuk menawan laluan off-road.
Kit badan tersebut merangkumi bampar depan yang boleh diintegrasikan kemas dengan fender lebar, diikuti jeriji hadapan dengan penampilan mewah, jaring pelindung lampu utama, lampu membelok pada atas hud berjaring, serta tempat pemijak sisi aluminium.
Di bahagian belakang pula, terdaat bampar yang telah dilebarkan, unit lampu LED dengan fungsi nyalaan sekuential, tangga keluli serta pelindung tayar simpanan yang diperbuat daripada bahan keluli dan kayu.
Pihak DAMD menjual kesemua aksesori di atas (termasuk rim) dengan tanda harga 1,045,000 yen (RM33,005), tidak termasuk dengan kos untuk membeli sebuah Suzuki Jimny.