DAMD lancar kit badan Carabina, ubah Suzuki Hustler jadi Jeep mini

oleh Mohamad Hanif|
Pemilik kei car di Jepun pasti sangat berbahagia kerana banyak syarikat penala yang tampil dengan bermacam-macam kit badan menarik.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

DAMD salah satunya, menawarkan kit badan yang dinamakan sebagai Carabina yang membolehkan Suzuki Hustler diubah menjadi seakan sebuah Jeep mini.
 

Jeep


Ia dihasilkan khusus untuk Suzuki Hustler generasi kedua yang diperkenalkan pada tahun 2020, di mana ia masih lagi mengekalkan bentuk lampu utama bulat dan badan yang berpetak.

Apa yang berubah adalah rekaan jeriji dengan lapan liang menegak stail Jeep, diikuti dengan penambahan pada hud enjin, serta bampar depan yang direka semula.
 

Jimnty


Profil sisi pula menampilkan rim retro bersaiz 15 inci yang dibaluti tayar M/T sementara bahagian belakang pula membawakan rekaan lampu baharu, trim hitam beserta dengan hiasan perkataan Carabina.

DAMD turut menawarkan rak bumbung yang membolehkan lebih banyak muatan diletakkan di bahagian atas sebagai alternatif kepada ruang kargo sedia ada, lengkap dengan bar lampu LED tambahan.
 

Hustler


Merujuk laman web rasmi DAMD, harga untuk setiap satu aksesori yang ditawarkan adalah seperti berikut:

muka depan Jeep - ¥173,800 (RM5,727)
pelindung lampu belakang - ¥31,900 (RM1,051)
trim pintu belakang -  ¥42,900 (RM1,414)
rak bumbung - ¥75,900 (RM2,501)
pelindung tempat duduk - ¥63,800 (RM2,102)
set rim retro 15 inci - ¥341,000 (RM11,236)
*berdasarkan pertukaran matawang semasa ¥100 bersamaan RM3.29

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan N-BOX generasi ketiga ini dilihat mengekalkan bentuk asas yang berpetak, namun ia telah…
Informasi
Antara model N yang paling digilai di Malaysia adalah N BOX. Model ni didatangkan dengan 2…
Berita Global
Terutama di kawasan pedalaman, kebanyakan petani di sana mula mencari trak bersaiz kecil dari Jepun…