DAMD tawar kit badan ala van klasik Amerika untuk Daihatsu Hijet

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara pameran Tokyo Auto Salon 2024, syarikat penala terkemuka DAMD telah memperlihatkan kit badan retro klasik yang dihasilkan untuk Daihatsu Atrai, iaitu Fuzz Wagon dan Fuzz Deckvan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu Daihatsu Hijet.
 

hijet


Kit badan Hijet Fuzz tersebut merangkumi dua bahagian, iaitu muka hadapan baharu dengan ciri unik lampu utama berlapis, diikuti dengan bampar belakang rekaan baharu.

Pembeli boleh mendapatkan kit lengkap dengan kos sekitar 393,800 yen (RM12,529), atau membelinya secara berasingan - 327,800 yen (RM10,412) untuk muka hadapan, dan 81,400 yen (RM2,586) untuk bampar belakang.
 

hijet


Bagi mereka yang mahukan jalan singkat, DAMD turut menjual kei car Hijet yang sudah siap diubahsuai, lengkap dengan kit badan yang anda mahukan.

Di pasaran Jepun, Hijet dan Atrai sebenarnya berkongsi komponen yang sama, namun dibezakan dengan penawaran spesifikasi di mana Hijet lebih dikhususkan untuk kegunaan komersial, manakala Atrai pula lebih sesuai sebagai kereta penumpang.

 

Daihatsu Hijet
Daihatsu Atrai

 

Daihatsu Atrai & Atrai Deckvan dengan kit badan DAMD

Berita Berkenaan

Berita Global
Daihatsu Taft (Tough and Almighty Four Wheel Touring Vehicle) membawakan dimensi yang hampir serupa…