Dania Garage jual tayar Rahmah RM5

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Fenomena harga Rahmah yang dimulakan oleh pasar raya terkenal Malaysia iaitu Mydin melalui pengenalan menu makanannya tentu sekali memberi kesan kepada banyak pihak untuk sama-sama meringankan beban orang ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, bengkel motosikal milik bumiputera yang boleh dikatakan terkenal dikalangan pengguna dan peminat motosikal kapcai, Dania Garage menjadi yang terbaru untuk sertai fenomena tersebut melalui jualan tayar dengan harga RM5 sahaja.

Inisiatif yang dinamakan Program Amal Tayar Rahmah itu telah mula ditawarkan semenjak 20 Mac lepas bertempat di bengkel Dania Garage yang terletak di Sungai Chua, Kajang.

Menurut pemilik Dania Garage, Mohd Mustakim Mohd Munawir, inisiatif itu diadakan dengan niat untuk memberi sumbangan sebagai penghargaan kepada pelanggannya.

 

2

 

Mustakim berkata, "Jadi sempena bulan Ramadhan ini juga saya menawarkan tayar motosikal dengan harga Rahmah, juga dengan tujuan untuk membantu meringankan beban pemilik motosikal."

Menurutnya juga, pihaknya telah menyediakan sejumlah 1,000 unit tayar yang berharga RM60 seunit dan dijual dengan harga RM5 seunit.

Bagi pengguna aplikasi TikTok, Dania Garage tentu tidak asing melalui penghasilan video mengenai motosikal dan nasihat berkaitan servis motosikal melalui akaun TikTok nya yang memiliki 506,000 pengikut.

Dania Garage merupakan bengkel motosikal yang mula beroperasi pada tahun 2016, dan kini mereka mempunyai 3 cawangan bengkel iaitu 2 di Kajang dan 1 di Serdang.

 

Sumber: Bernama