Dapatkan barangan, alat ganti tulen di Ducati Online Store

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada pandemik COVID-19 yang masih belum reda, apatah lagi negara pada ketika ini sedang berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, Ducati Malaysia kini melancarkan kedai dalam talian baharu bagi memudahkan pembelian barangan dengan lebih mudah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ducati Online Store merupakan pusat sehenti yang menawarkan pelbagai jenis barangan yang merangkumi alat ganti tulen, barangan original, serta aksesori rasmi Ducati.

Selain daripada itu, terdapat juga promosi menarik bagi barangan terpilih menanti para pelanggan yang gemar melakukan transaksi pembelian dalam talian.
 

ducati online store


Pelanggan hanya perlu memilih model motosikal Ducati yang dikehendaki, sebelum membuat pemilihan barang yang diperlukan, semuanya boleh dilakukan menerusi satu sentuhan sahaja.

Barangan yang dibeli akan dibungkus dengan rapi dan dihantar terus ke depan pintu rumah dengan menggunakan perkhidmatan kurier yang dipercayai.

Ducati Online Store boleh dilawati menerusi laman web https://ducati-malaysia-online-store.myshopify.com/