Dapatkan rebat eksklusif untuk hot hatch Golf GTI & Golf R!

oleh Mohamad Hanif|
Sambutan bulan kemerdekaan nampaknya masih lagi belum pudar bagi Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) apabila pengedar rasmi kenderaan jenama VW itu menawarkan sesuatu yang lebih menarik buat para peminat hot hatch di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang mahukan kehadiran hot hatch di dalam garaj, pihak VPCM menawarkan rebat eksklusif sebanyak RM2,000 untuk model Golf GTI dan juga Golf R. 

Selain daripada itu, pihak VPCM tidak ketinggalan menawarkan penjimatan sehingga RM15,000 untuk model-model terpilih seperti: 

Model

Penjimatan

Tambahan

Polo

RM4,000

 

Vento Comfortline

RM10,000

 

Vento Highline

RM6,000

 

Golf R-Line

RM2,000

 

Beetle Sport

RM5,000

 

Tiguan Highline

RM2,000

Lima tahun percuma servis penyelenggaraan dan kadar faedah 1.88% per tahun

Passat Comfortline

RM15,000

Passat Highline

RM4,000

 

Setiap pembelian kenderaan Volkswagen (selain daripada Tiguan dan Passat) didatangkan dengan servis percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun dan bantuan tepi jalan percuma selama lima tahun. 

Volkswagen juga kini menawarkan beberapa khidmat selepas jualan merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Walnut Blasting - servis membuang sisa karbon bermula dari RM515
  • Liquid Power Kit - minyak pelincir 1 liter + pembersih cermin 1 liter + aditif 200 ml berharga RM199
  • Servis penukaran Penyerap hentak - diskaun 20% berbanding harga asal
  • Tayar - bermula dari harga serendah RM184 termasuklah kos pemasangan, penjajaran dan penyeimbangan tayar. 
  • Volkswagen Insurance Plan (VIP) - program perlindungan komprehensif yang boleh didapati di kesemua pengedar bertauliah VW.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Touareg terbaharu kini sudah memasuki generasi yang ketiga, dan merupakan SUV pertama keluaran…
Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…