Dartz Prombron hasilkan varian khusus untuk Tahun Harimau!

oleh HEZERI SAMSURI|
Tidak ramai tahu bahawa pembina automotif dari Latvia ini menggunakan platform Mercedes-AMG GLS63 untuk model kereta perisai kegunaan harian mereka.

Namun begitu, untuk varian khusus sempena Tahun Baru Cina tahun ini, Dartz menggunakan platform Maybach GLS pula dan menawarkan tambahan tenaga dari 100, atau 200 ke 300 bhp bagi enjin asal yang sudah menghamburkan 550 bhp.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Dartz, warna jingga yang digunakan ialah warna bertuah yang akan membawa kekayaan dan kerana itu varian ini muncul.

Mempunyai nama yang pelik bagi kenderaan unik ini mungkin tidak mencukupi kerana Leo Yankelovich, pemilik Dartz berkata Dartz Prombron Black Alligator MMXX Black Tiger Lunar Year Edition itu dilengkapi dengan lapan corong ekzos kerana ia mempunyai lapan silinder.

 

Selain dari itu, pemilik boleh memilih menggunakan kulit buaya, ikan jerung atau ikan stingray (pari) untuk bahagian kabin.

Untuk menambahkan kecanggihan jentera ini, ia juga datang dengan kamera untuk menggantikan cermin sisi dan belakang, pembuka pintu tersorok yang boleh menghasilkan kejutan elektrik serta Pek Anti Paparazi menggunakan siren dan lampu bar jenis lazer.

Walaupun Dartz ini kalis peluru, beratnya masih sama dengan sebuah Maybach GLS standard. Tidak ada harga yang diberikan tetapi anda boleh menggunakan wang kripto untuk membelinya.

Mungkin inilah jentera paling sesuai untuk hartawan netizen yang perlukan kandungan media sosial mereka?