DASH, PDRM kerjasama bendung kegiatan perhimpunan, aktiviti lumba haram

oleh Mohamad Hanif|
tangkap layar video tular di media sosial
Pengendali Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bekerjasama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan terhadap perhimpunan dan aktiviti lumba haram yang berlaku di Kawasan Rehat dan Rawat (RSA) Denai Alam, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tiada sebarang permit sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan besar di kawasan tersebut.

Difahamkan, pihak JSPT sedang merancang untuk menjalankan operasi di kawasan yang dilaporkan berlaku aktiviti haram tersebut.

Pihak DASH turut melarang sekeras-kerasnya kegiatan lumba haram di atas Lebuhraya DASH yang bukan sahaja membahayakan diri, malah ia turut mengancam keselamatan pengguna lebuh raya dan menimbulkan keresahan penduduk sekitar.

Para pengguna dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi had laju dan peraturan pemanduan.

DASH juga turut mengalu-alukan maklum balas orang ramai dan terus komited menyelesaikan isu yang timbul bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna dan komuniti sekeliling.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 pagi itu, enam individu terlibat dalam kemalangan berkenaan…
Berita Domestik
Menurut laporan Khaosod English, enam buah kereta dilihat berpusing tiga kali di hadapan Greenway…
Berita Domestik
Ini kerana tegas beliau, kegiatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang malah meletakkan nyawa…