Datsun mungkin hidup semula sebagai jenama EV bajet - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Dalam tempoh kurang 10 tahun, jenama Datsun telah dibangkitkan semula sebagai alternatif yang lebih mampu milik untuk pasaran membangun, namun jangka hayat Datsun tidak kekal lama apabila ia dilaporkan mati buat kali kedua.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, terdapat ura-ura di mana Nissan sedang berusaha untuk membangkitkan kembali jenama mampu milik itu kembali bernyawa.

Menurut laporan daripada Automotive News, Nissan sedang mempertimbangkan beberapa perkara termasuklah mengekalkan jenama Datsun sebagai salah satu jenama EV bajet pada masa akan datang.

Nissan dalam satu kenyataan menyebut, "untuk ribuan pemilik di seluruh dunia, Datsun akan berterusan menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan, pemilikan yang menenangkan serta nilai yang hebat.

Kenyataan tersebut seolah-oleh memberikan bayangan jenama Datsun akan terus kekal hidup pada masa akan datang.

Pada ketika ini, Datsun masih lagi meneruskan operasi penjualan kenderaan di sesetengah rantau biarpun sudah menghentikan operasi pemasangan kenderaan.

Namun begitu, Nissan berjanji akan terus memberikan sokongan selepas jualan dan jaminan kepada para pemilik Datsun menerusi jaringan pengedarnya.

Harus diingatkan bahawa pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi sebenarnya sudah pun mempunyai salah satu daripada portfolio kenderaan elektrik yang paling murah di dunia, iaitu jenama Dacia Spring yang dijual pada harga €12,403 (RM56,752).

Dacia Spring ini bakal digantikan dengan model generasi baharu pada tahun 2024, dan ia dilihat merupakan satu platform yang sesuai untuk Nissan memperkenalkan kembali jenama Datsun.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…