Datuk bandar Australia kemalangan akibat minum arak, sejam selepas jumpa mangsa kemalangan pemandu mabuk

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemimpin tertinggi bandar Redlands, Australia nampaknya terpaksa berdepan dengan kritikan keras apabila didapati kemalangan di bawah pengaruh alkohol kira-kira sejam selepas melakukan perjumpaan dengan mangsa kemalangan akibat pemandu mabuk, di mana beliau ada menyebut "kita perlu membanteras gejala pemanduan di bawah pengaruh alkohol".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada 7News Australia, Datuk Bandar Redlands Karen Williams dilapor menghabiskan beberapa gelas wain sebelum terbabit dalam kemalangan.

Beliau berkata, ia merupakan satu kesilapan beliau untuk terus memandu selepas meminum minuman keras, namun berkeras untuk tidak meletakkan jawatan atas alasan "keputusan melulu".

"Saya telah buat silap, saya akan belajar dari kesilapan, dan saya akan terus berkhidmat kepada komuniti seperti yang telah saya lakukan 18 tahun yang lalu," jelasnya kepada ABC News.

Dalam pada itu, pengajur acara kempen anti pemandu mabuk serta ibu kepada mangsa kemalangan yang maut pada tahun 2009, Judy Lindsay berkata, Karen mahu mengukuhkan legasi politiknya dengan menyentuk isu keselamatan seperti pemanduan mabuk.

Tambahnya, datuk bandar itu menghubungi beliau pada Jumaat pagi untuk meminta maaf atas kesilapannya.

"(Saya beritahu Karen), 'Kami percaya kami, dan kamu mengecewakan kami. Kamu adalah orang yang kami harapkan untuk menaikkan kesedaran terhadap isu ini, dan kami telah mengecewakan harapan kami semua'," Lindsay memberitahu 7News.

"Dia bernasib baik (kerana) tidak membunuh orang yang tidak berdosa."

Sumber: ABC News, 7News Australia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Police1, Datuk Bandar itu meminta para pemilik kenderaan untuk membeli dan…
Berita Domestik
  "Saya sudah panggil pihak RAC pada Isnin lalu, dan kita memang sudah minta mereka ambil tindakan…
Berita Global
Untuk peringkat awal, dua buah model kenderaan elektrik telah diperoleh, iaitu Tesla Model S dan…