Datuk Razlan Razali akui gembira dengan prestasi pasukan Petronas Yamaha SRT dan Hafizh Syahrin

oleh SALINA JALIL|
Kejayaan pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli menaiki podium sulung di Grand Prix (GP) Republik Czech semalam, harus menjadi pembakar semangat buatnya untuk memburu lebih banyak kejayaan.


Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali mengakui gembira dengan kejayaan diraih pelumba berusia 25 tahun di Litar Brno itu, apatah lagi dia baru menyertai pasukan musim lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Fabio Quartararo (rakan sepasukan) menghadapi masalah dengan tayar, dan kami tidak jangkakan langsung, tetapi saya gembira dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke tujuh.

 

"Pasukan akan menganalisa semua masalah pada motosikalnya dan lakukan apa yang boleh sebelum perlumbaan seterusnya di Austria," kata Razlan dalam video ringkas selepas perlumbaan.

 

Morbidelli yang memulakan perlumbaan di petak ketiga, mencatatkan masa 41 minit 44.03 saat (s) untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Quartararo (41:50.591) di tempat ketujuh.

 

Sementara itu, Razlan memuji peningkatan prestasi yang ditunjukkan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, yang mengumpulkan tujuh mata selepas menduduki tempat kesembilan daripada 25 pelumba dengan catatan masa 39:26.801s.

 

Katanya, kejayaan itu tentu akan menjadi pemangkin kepada pelumba pasukan Openbank Aspar Team itu, untuk meneruskan momentum positifnya untuk perlumbaan seterusnya di Austria.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
Razlan berkata, buat masa ini barisan pelumba negara dilihat masih belum bersedia untuk ke kelas…
Informasi
  "Perbincangan masih positif setakat ini. Jika kedua-dua pihak bersetuju maka semuanya akan…
Sukan Bermotor
Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team akan terus kekal di bawah pemilikan Sepang International…