Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: Rentas antara dua negeri zon hijau PKPP dalam pertimbangan

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pergerakan rentas antara dua negeri zon hijau yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu kini dalam perbincangan antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu perlu diperincikan lagi sebelum sebarang pengumuman dilakukan bagi mengelak risiko.

 

"Dalam perbincangan... mana-mana negeri yang sama-sama zon hijau mungkin boleh melakukan perjalanan rentas negeri," katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini hari ini.

 

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, antara perkara yang perlu diperincikan adalah membabitkan soal pergerakan antara dua negeri dalam PKPP yang perlu melintasi negeri dalam fasa PKP Bersyarat (PKPB).

 

"Contohnya Putrajaya zon hijau ke Melaka yang juga zon hijau perlu melalui Negeri Sembilan yang berada dalam PKPB, ada orang kata boleh pergi dengan syarat jangan berhenti di Negeri Sembilan.

 

"Namun dari segi pemantauannya bukan mudah kerana sukar untuk ditentukan dengan jelas, jadi ini perkara yang sedang diperincikan lagi," katanya.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tinjauan Astro AWANI di Plaza Tol Jalan Duta mendapati trafik masuk ke Kuala Lumpur berjalan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas…
Berita Domestik
  Katanya, tinjauan trafik di tujuh plaza tol utama pada hari berkenaan juga mendapati berlaku…