David Beckham beli 10 peratus pegangan dalam syarikat mobiliti Lunaz

oleh Mohamad Hanif|
Bintang bola sepak terkenal, David Beckham kini memegang 10 peratus pegangan di dalam syarikat kenderaan elektrik yang berpengkalan di UK, Lunaz.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiada sebarang nilai kesepakatan diumumkan oleh kedua-dua belah pihak, namun firma tersebut mengesahkan Beckham bakal menyertai pengasas Lunaz, serta keluarga Barclay, Reuben dan Dellal sebagai pihak berkepentingan di dalam syarikat tersebut.

Lunaz merupakan sebuah syarikat yang memiliki kepakaran di dalam melakukan restorasi dan elektrifikasi kenderaan klasik seperti Rolls-Royce, Range Rover, Jaguar dan sebagainya.

 


Syarikat itu kini merancang untuk memperluaskan lagi projek mereka terhadap trak-trak lama serta kenderaan komersial khusus demi memberikan sinar baharu menerusi transisi kepada teknologi trenkuasa yang lebih hijau.

Lunaz memulakan operasi pada tahun 2018 dan pada ketika ini mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kira-kira 120 kenderaan dalam masa setahun.

Mereka berazam untuk meningkatkan keupayaan upcycling kepada 4,000 buah kenderaan setahun menjelang tahun 2028.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Disebabkan sejarah pemilikan dan keadaan kereta yang baik, Spider 360 tersebut disenaraikan…
Berita Global
Bekas pemain bolasepak England, David Beckham telah disahkan tidak layak untuk memandu selama enam…