Ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 150 cc yang mampu menjana 16.2 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 14.6 Nm @ 6,500 rpm, jauh lebih berkuasa berbanding Honda ADV 150 (14.5 hp/13.8 Nm).
Model skuter adventure keluaran China itu biarpun ia nampak seperti meniru rekaan sebenar ADV 150, akan tetapi ia hadir dengan ciri dan teknologi yang lebih baik berbanding model sebenar.
Ciri yang kami maksudkan itu adalah kehadiran kamera berkembar yang terpasang pada bahagian depan dan belakang yang berfungsi seakan sebuah perakam video pemanduan yang terdapat pada kereta anda.
Rakaman kamera tersebut boleh dilihat menerusi skrin paparan TFT berwarna sepenuhnya selain menampilkan bacaan yang biasa kita lihat seperti kelajuan, suhu, kapasiti tangki bahan api, suhu dan sebagainya.
Dayang ADV 150 didatangkan dengan rim bersaiz 14 inci depan dan 13 inci belakang, dibantu dengan sistem brek ABS, sementara sistem suspensi pula terdiri daripada fork hadapan teleskopik, dan peredam berkembar yang dilengkapi dengan sistem sub-tangki.
Menurut laporan daripada media tempatan, harga jualan Dayang ADV 150 masih lagi belum didedahkan secara rasmi.
Sumber: newmotor CN