DBKL tunda kenderaan buruk tersadai

oleh Penyumbang Rencana|
foto DBKL
Sikap segelintir pemilik kenderaan membiarkan kenderaan lama terbiar di lokasi awam sehingga memburukkan pemandangan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan isu itu juga secara tidak langsung menimbulkan rasa tidak senang bagi warga kota.

“Kenderaan tersadai juga menimbulkan masalah lain seperti kekurangan petak parkir, halangan lalu lintas dan menjadi tempat pembiakan makhluk perosak.

“DBKL sedang mempergiatkan usaha menunda kenderaan-kenderaan buruk yang dibiarkan tersadai ke depoh kenderaan buruk di Salak Selatan, Taman Connaught dan Pantai Sentral.

“Tindakan menunda diambil selepas tempoh notis yang diletakkan di kenderaan buruk tersadai berkenaan tamat,” katanya.

Menurutnya, pemilik kenderaan usang terbabit perlu mengambil inisiatif untuk menyelesaikan urusan kenderaan masing-masing.

Pemilik kenderaan boleh mengambil pelbagai inisiatif bagi kenderaan buruk mereka termasuk membaik pulih, meleraikan atau menjual semula sebagai alat ganti.

“Pelbagai alasan diberikan oleh pemilik kenderaan selepas tindakan diambil seakan tidak menyedari notis sudah dikeluarkan sebelum itu.

“Alasan mereka masih mahukan kenderaan mereka tetapi sudah dibiarkan tersadai berbulan-bulan, malah bertahun pun ada,” katanya.

lusuh

 

DBKL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
DBKL dalam hantaran di Facebook memaklumkan, siasatan mendapati pengusaha terbabit tidak hanya…
Informasi
Selain itu, Jalan Langgak Golf turut dijadikan laluan sehala bagi pergerakan keluar menuju ke Jalan…
Berita Domestik
Menurut kenyataan DBKL, pihaknya mengambil maklum mengenai hantaran yang tular berkaitan…