DDPAI Z50 - Dashcam premium bawah RM500!

oleh Mohamad Hanif|
Antara perkara yang kerap kami tekankan untuk para pemilik kereta baru mahupun kereta lama adalah mewajibkan pemasangan kamera perakam pemanduan (DVR) pada kereta mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia kini bukanlah satu barangan harga kayangan dengan harga yang mampu dengar seperti dulu kala, malah dengan harga yang berpatutan anda sebenarnya boleh mendapatkan ciri-ciri dan fungsi yang jauh lebih moden.
 

DDPPAI


Jika anda memiliki bajet bermula dari bawah RM500, DDPAI Z50 mungkin dashcam yang anda perlukan.

Produk dashcam terbaharu daripada DDPAI ini membawakan ciri penderia Sony IMX 415 dan teknologi Realcube Image yang membolehkan anda mendapatkan rakaman berkualiti sehingga 4K dengan sudut 140 darjah untuk kamera depan.
 

DDPAI


Sementara kamera belakang pula menyokong rakaman HD 1920 x 1080 dengan sudut lebar 125 darjah.

Bukan itu sahaja, teknologi NightVIS yang dimuatkan membolehkan DDPAI Z50 menghasilkan rakaman malam yang lebih jelas dan terang.
 

DDPai


DDPAI Z50 juga datang dengan ciri Super Capacitor yang boleh bertindak sebagai kuasa sandaran bagi memastikan rakaman disimpan dengan sempurna, selain lebih tahan lama di bawah kondisi cuaca panas berbanding bateri lithium-ion yang digunakan oleh jenama lain.

Dashcam Z50 ini menyokong storan kad mikro SD Class 10 sebesar 128 GB, selain menampilkan ciri D2 Save yang membolehkan rakaman sewaktu kecemasan disimpan di dalam ruang storan terbina NAND Flash Drive 1GB, sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada storan kad SD yang digunakan.
 

DDOAI


Ciri Sense Reality 2.0 pula menjadikan video rakaman pemanduan yang lebih canggih dan ditambah dengan info seperti kelajuan semasa, kelajuan kereta di hadapan, bacaan daya G, altitud dan juga GPS lokasi semasa.

Bermula 15 Oktober hingga 11 November 2022, anda boleh mendapatkan dashcam DDPAI Z50 ini menerusi laman membeli belah dalam talian Auto2u.my dengan harga jualan bermula dari RM444 hingga RM774.

Masukkan kod promosi CARETA25 untuk menikmati diskaun RM25 serta hadiah percuma berupa kad mikro SD 32 GB dengan setiap pembelian varian Z50 GPS (depan dan belakang).

 


Pembelian boleh dibuat di pautan berikut:

https://bit.ly/c6-auto2u-ddpai-z50-oct22-promo