Kedua-dua model ini tampil sebagai kamera pemuka 4K berasaskan sambungan 4G, namun masing-masing membawa kelebihan tersendiri dalam menyempurnakan pengalaman pemanduan harian.
DDPAI Z60 Pro – Lihat Lebih Jauh, Pandu Lebih Jauh
Dengan slogan See Beyond, Drive Beyond, Z60 Pro direka untuk pemandu yang mahukan rakaman ultra tajam tanpa kompromi.
Kamera ini dilengkapi sistem rakaman 4K + 2K + 1080P tiga saluran, menjadikan ia salah satu dashcam paling lengkap dalam pasaran hari ini.
Kejelasan rakaman dipertingkat menerusi penggunaan dual sensor Sony STARVIS 2, digandingkan dengan Realcube 2.0 HDR serta teknologi malam NightVIS 2.0 AI ISP untuk rakaman dalam gelap yang kekal tajam.
Selain itu, integrasi πLink Multi-Channel System membolehkan pengguna menambah kamera MINI2X untuk rakaman serentak dari sudut kabin dan belakang, manakala sambungan 4G memberikan akses waktu sebenar ke aplikasi DDPAI termasuk geo-fencing dan notifikasi kecemasan secara langsung.
Tambahan pula, Z60 Pro menyokong Wi-Fi Turbo 5GHz, kawalan suara pintar, sistem ADAS 2.0, serta dibina dengan supercapacitor dan GPS dalaman, menjadikan ia setaraf sistem keselamatan premium dalam kenderaan moden.
DDPAI Z50 Pro – Didefinisikan Oleh 4K, Dikuasakan Oleh 4G
Tidak ketinggalan, Z50 Pro pula tampil dengan pendekatan praktikal yang menyasarkan keseimbangan prestasi dan nilai.
Slogan 4G-Connected, 4K-Defined menggambarkan misi produk ini yang mengutamakan kestabilan sambungan 4G untuk kegunaan harian yang lancar.
Rakaman 4K ultra jelas disokong oleh Wi-Fi 6 berkelajuan tinggi, membolehkan pengguna memuat turun rakaman dalam masa yang sangat singkat.
Keupayaan pintar turut disertakan termasuk mod pemantauan parkir 24/7, kawalan suara, dan sistem ADAS 2.0 lima fungsi keselamatan.
Selain itu, rakaman waktu malam juga tidak dipandang ringan, teknologi AI ISP memastikan fungsi NightVIS kekal berkesan dalam keadaan pencahayaan rendah.
Dari segi ketahanan, Z50 Pro menyokong kad microSD sehingga 512GB, mempunyai modul GPS terbina, dan turut menggunakan supercapacitor sebagai sumber tenaga yang lebih stabil.
Secara keseluruhan, kedua-dua model ini menampilkan teknologi rakaman 4K dan sambungan 4G yang merupakan standard baharu untuk dashcam masa kini.
Z60 Pro lebih sesuai untuk pengguna yang inginkan integrasi tiga kamera dengan prestasi premium, manakala Z50 Pro memenuhi keperluan pengguna harian yang mementingkan fungsi penting dalam satu pakej yang padat.
Dengan pemasangan mudah, aplikasi intuitif dan ketahanan yang diuji, DDPAI sekali lagi membuktikan bahawa dashcam kini bukan sekadar kamera, ia adalah komponen keselamatan aktif dalam kenderaan moden.
Jika anda sedang mempertimbangkan sistem dashcam baharu yang bukan sahaja pintar tetapi juga tahan lasak, Z60 Pro dan Z50 Pro adalah pilihan yang tidak boleh diabaikan.
Dengan spesifikasi tinggi, ini jelas terbukti DDPAI menyasarkan bukan sahaja inovasi, tetapi juga kebolehcapaian untuk semua lapisan pengguna.
Untuk maklumat lanjut yang lebih terperinci mengenai produk dan harga, layari laman sesawang rasmi DDPAI Malaysia atau kedai atas talian seperti pautan berikut;
Website: https://www.ddpai.com/
Shopee : https://bit.ly/434Z0Ae
Tiktok : https://bit.ly/451C7A7