Debut McLaren MCL33 - Jentera perlumbaan F1 baharu dengan nadi enjin Renault!

oleh Afandi Che Muhamad|
Menjelang saingan perlumbaan F1 musim ini, pasukan McLaren kini tampil dengan persiapan lebih rapi menerusi pengenalan jentera baharu mereka yang dikenali sebagai MCL33.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk makluman, jentera tersebut akan dikendalikan dua pemandu berpengalaman McLaren terdiri daripada Stoffel Vandoorne dan Fernando Alonso (gambar: dari kiri).

Susulan kehadiran jentera baharu berkenaan, Careta optimis ia mampu mengubah graf prestasi pasukan tersebut ke arah lebih positif.

Membelek spesifikasi MCL33 menurut laporan Sky Sports, ia digerakkan nadi enjin baharu dari Renault.

Pemasangan enjin baharu itu diyakini mampu menghamburkan kuasa lebih baik daripada nadi terdahulu dari Honda selain dikatakan lebih kurang bermasalah jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Selain komponen enjin, antara ciri baharu yang turut diaplikasikan pada jentera ini ialah pelindung pemandu kokpit Halo, kit badan bersifat aerodinamik tanpa sayap dan penutup enjin seakan sirip ikan yu.

Paling menarik, MCL33 didatangkan dengan mekap gaya lebih stailo menerusi kombinasi warna ikonik biru dan jingga (papaya orange) yang melatari sebahagian besar badan jentera berkenaan.

Kali terakhir padanan warna tersebut digunakan Mclaren bagi saingan perlumbaan F1 sekitar 50 tahun lalu.

Difahamkan, aplikasi warna berkenaan diguna pakai semula bersempena meraikan ulangtahun penyertaan ke-52 pasukan tersebut dalam perlumbaan berprestij itu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…