Dikuasakan nadi enjin dua silinder sebaris, model baharu tersebut bakal diletakkan sebaris dengan model saingan lain seperti Yamaha YZF-R25 dan Kawasaki Ninja 250.
Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada Suzuki GSX-R250 ialah kotak transmisi enam gear, sistem brek antikunci (ABS) dan meter kelajuan dengan paparan digital.
Adakah Suzuki GSX-R250 bakal memasuki pasaran di Malaysia tidak lama lagi?
Hal itu diserahkan kepada pengedar sah jenama Suzuki di Malaysia, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) untuk pertimbangan.