KTMB dalam satu kenyataan, berkata perkhidmatan tren tambahan itu akan beroperasi selama lima hari bermula 30 Oktober sehingga 3 November bagi memenuhi permintaan penumpang yang dijangka akan meningkat bagi sambutan perayaan ini.
"Penjualan tiket tambahan itu akan bermula pada Khamis (hari ini) bermula jam 10 pagi.
"Tren tambahan ini menawarkan sebanyak 630 tiket sehari, menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 3,150 tiket ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan," menurut kenyataan KTMB pada Rabu.
Tren tambahan bagi laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya akan beroperasi hanya pada dua masa untuk berlepas iaitu jam 5 petang dan 11.05 pagi serta masa ketibaan dijangka pada jam 10.30 malam dan 4.30 petang.
Pembelian tiket boleh dibuat di aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang rasmi KTMB dan membuat pembayaran menggunakan KTM wallet bagi mempercepatkan proses pembelian tiket.
Penumpang juga diingatkan untuk tiba lebih awal kerana pagar kawalan akan ditutup lima minit sebelum tren berlepas.
Artikel sepenuhnya di Berita Harian