Defender 110 dengan trenkuasa Tesla!

oleh Mohamad Hanif|
Proses modifikasi memuatkan trenkuasa elektrik ke dalam sesebuah kereta klasik bukanlah satu perkara yang baharu dan aneh, malah sebelum ini kami turut memaparkan beberapa contoh yang serupa seperti contoh Jaguar Classic E-type Zero, dan Volkswagen eKafer - Beetle dengan trenkuasa dari Up!.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda tidak perlu mengehadkan pilihan kepada bentuk kereta semata-mata, ini kerana contoh yang kami bakal bawakan pada artikel kali ini datangnya dari penala terkemuka Defender, East Coast Defenders (ECD Automotive Design).

 

 


Model yang dimaksudkan sudah pasti sebuah Land Rover Defender, namun trenkuasa elektrik yang dilengkapkan pada SUV off-road ini hadir daripada Tesla!

Trenkuasa Tesla Motor Direct Drive ini memiliki kapasiti 100 kWh dan dipadankan dengan transmisi automatik, serta berupaya memecut sepantas 5.5 saat dari 0-96 km/j!

 


Tidak dinyatakan daripada model apakah trenkuasa ini diambil, namun ia mampu memberikan jarak operasi sekitar 354 kilometer untuk sekali cas penuh.

Malah, masa pengecasan pula mampu dicapai dalam masa lima jam sekiranya menggunakan slot pengecasan tiga fasa, dan 10 jam menggunakan slot domestik biasa.

 

 


Sementara itu, ruang dalaman Defender ini hadir dengan tempat duduk yang dihiasi jahitan ala-ala berlian, tempat duduk baris kedua ala stadium, serta bench seat di baris belakang.

Sebagai sebuah penala tegar Defender, ECD menawarkan variasi penggayaan yang unik untuk bahagian luar dan dalam serta boleh dipilih mengikut kesesuaian dan kehendak para pelanggannya.

 


Sumber: East Coast Defender

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk projek terbaharu mereka, East Coast Defender Automotive Design membawakan sebuah lagi…
Berita Global
Salah satu projek baharu yang diperlihatkan adalah Project Punisher yang  menggunakan asas daripada…