Dego Ride mula beroperasi hari ini

oleh Mohamad Hanif|
Perkhidmatan teksi motosikal tempatan, Dego Ride kembali beroperasi hari ini setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, perkhidmatan itu dijangka mampu menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia yang memiliki motosikal, khususnya kalangan berpendapatan rendah (B40) dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 hingga RM3,500.

"Walaupun ini bukan pekerjaan jangka masa panjang, segelintir mungkin, tetapi setidak-tidaknya ia dapat dijadikan sebagai batu loncatan (untuk mencari rezeki) jika hendak dibandingkan sebelum ini kerana kita nak pastikan nasib anak muda sentiasa terbela," katanya selepas merasmikan pejabat urusan Dego Ride di sini, hari ini.

Dego Ride yang buat masa kini terhad perkhidmatannya di Lembah Klang, boleh diakses melalui aplikasi telefon pintar dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan, penghantaran makanan dan dokumen.Pekhidmatan teksi motosikal itu memulakan perkhidmatan pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50 dan terhad kepada perjalanan sejauh tiga kilometer di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun, pada Januari 2017, perkhidmatan itu mendapat bantahan daripada kerajaan terdahulu dan diharamkan atas alasan keselamatan selain dilaporkan bersalahan dengan lesen kenderaan persendirian, serta melanggar Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata, sehingga kini terdapat hampir 4,000 orang yang telah berdaftar sebagai 'rider' dan sebagai permulaan hanya 700 permohonan yang diluluskan.

"Syarat-syarat untuk menjadi rider adalah berumur 18 tahun ke atas, mempunyai lesen penuh B2, perlindungan insurans dan sekiranya berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian," katanya yang berhasrat untuk perluaskan perkhidmatan itu ke negeri lain dalam masa terdekat.

Menurut Nabil, semua jenis motosikal berkapasiti 150cc dibenarkan kecuali motosikal yang telah diubah suai bagi memastikan keselamatan penumpang. - BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dari sumber-sumber informasi Careta, satu sistem akan dilancarkan di mana orang awam boleh membuat…
Berita Domestik
Tujuan langkah ini diambil adalah untuk mengutip data bagi menghasilkan rangka kerja…
Berita Domestik
7-Eleven Malaysia kini memegang sebanyak 46.5 peratus dengan transaksi bernilai RM7.5 juta. …