Delhi sudah mula buang kereta lama untuk ganti dengan EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Delhi sudah mula membuang atau skrap kenderaan lama berenjin petrol dan diesel untuk digantikan dengan kenderaan elektrik (EV) dalam usahanya untuk menurunkan kadar pencemaraan udara di ibu negara India itu.

Kadar pencemaran udara di Delhi sudah menjadi serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan asap kenderaan adalah antara punca utama masalah itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Hindustantimes.com, kerajaan Delhi sudah membeli 12 kenderaan EV untuk digunakan oleh menteri-menteri dan pegawai-pegawai atasannya. 

Kenderaan petrol dan diesel yang dilupuskan memang sudah mencapai usia perkhidmatan maksimum dan perlu dilupuskan.

Selepas India memperkenalkan Polisi Kenderaan Elektrik pada Ogos 2020, banyak kerajaan negeri di sana menggantikan kenderaan-kenderaan lama mereka dengan EV. 

Timbalan Ketua Menteri Delhi, Manish Sisodia berkata kerajaan Delhi sudah mengumumkan tahun lalu bahawa ia mengarahkan kesemua jabatan dan badan-badan di wilayah itu akan menyewa atau membeli EV sahaja.

"Lebih dari 2,000 unit kenderaan petrol dan diesel kami akan ditukarkan kepada EV," ujar Sisodia.

* Laporan penuh di Hindustantimes.com


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Ia menjadikan India sebagai salah satu negara yang mempunyai jumlah kematian akibat kemalangan…
Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…