DeLorean DMC-12 dengan enjin V6 dari Kia Stinger GT - kereta rentas masa paling power dalam dunia!

oleh Mohamad Hanif|
DeLorean DMC-12 merupakan kereta ikonik dengan rekaan yang merentasi masa sebenar tanpa perlu mengaktifkan keupayaan merentas masa pada kelajuan 88 batu sejam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun dalam dunia realiti, enjin asal DMC-12 ini sememangnya tidak cukup berkuasa.

Manakan tidak, walaupun hadir dengan enjin PRV (Peugeot-Renault-Volvo) bentangan V6 2.85 liter, ia hanya sekadar menghasilkan 130 kuasa kuda sahaja...

 


Jadi, bagi mereka yang mahukan sebuah kereta rentas masa yang lebih berkuasa, anda boleh merujuk sendiri modifikasi penukaran enjin yang dilakukan oleh OMD San Diego ini.

Enjin asal telah dihukum kerana suka 'membuang masa' dan digantikan dengan enjin bentangan V6 yang diperoleh daripada Kia Stinger GT!

Nadi 3.3 liter turbo berkembar V6 itu pada asalnya mampu menjana kuasa sekitar 365 hp, namun dengan naiktaraf seperti pengecas turbo Garret, port injection, intake manifold aluminium kustom, surge tank dan intercooler baharu, ia kini berupaya untuk menghasilkan kuasa setinggi 487 hp dan 515 Nm (antara 4,000 rpm-7,200 rpm) yang memacu roda belakang.

 


Sistem transmisi asal DeLorean juga turut dibuang, dan digantikan dengan kotak gear manual enam nisbah kelajuan yang diperoleh daripada Porsche 911 generasi 996.

Dengan gandingan trenkuasa yang lebih moden, DeLorean DMC-12 ini mampu memecut sepantas 3.9 saat dari 0-96 km/j dan pecutan suku batu dalam tempoh 11.8 saat sahaja!

 

 

 

Sumber: Today Prime News

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta sports yang sangat ikonik disebabkan oleh francais filem Back To The Future itu bukan sahaja…
Gaya Hidup
Bagi kedua peminat kereta dan filem tersebut, jenama REC telah menghasilkan jam tangan edisi terhad…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, Alpha5 kini berstatus sebagai sebuah kereta elektrik Grand Tourer…