Delta 4x4 hasilkan VW Golf R 'Country' versi moden

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen bukannya tidak pernah menghasilkan sebuah crossover menggunakan asas Golf, mereka sebelum ini pernah hadir dengan model Golf Country pada tahun 1989, diikuti dengan beberapa model Alltrack yang lebih moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk membangkitkan semula semangat jentera off-road yang hilang, syarikat Delta 4x4 tampil dengan idea baharu yang menjadikan Golf R menjadi sebuah Golf Country versi lebih moden.
 

Golf R


Menjadikan Golf R ini lebih gagah perkasa ialah kit suspensi yang meninggikan jarak lega bumi sebanyak 80 mm, diikuti dengan rim Hanma bersaiz 18 inci, tayar all-terrain, serta penambahan fender lebar bagi menyeimbangkan rekaan yang disebabkan oleh pemasangan tayar itu tadi.

Terdapat juga rak bumbung logam, tayar simpanan saiz penuh, gugusan lima lampu LED PIAA pada bonet hadapan, serta kelengkapan aerodinamik agresif yang dibawakan terus daripada Golf R.
 

Golf R


Buat masa ini, Golf R 'Country' ini hanya wujud dalam versi digital sahaja, namun pihak Delta 4x4 merancang untuk merealisasikan projek ini dengan angka produksi dihadkan kepada 25 unit sahaja.

Difahamkan, kos modifikasi menelan belanja sekitar €35,000 (RM177,006) tidak termasuk kos pembelian sebuah Golf R Mk8, dan pembeli perlu menunggu antara enam hingga sembilan bulan untuk kereta ini disiapkan.